SOALAN LAZIM (FAQ)

*Pembeli Pakej Mesti Faham & Bersetuju Dengan Semua Kenyataan FAQ Di Bawah Yang Juga Dianggap Sebagai Terma Syarat & Penafian Sebelum Membuat Pembelian Pakej Di Mesh2u.com

A) Soalan berkaitan sistem / umum

1. Apakah kelebihan Mesh2u.com dan kenapa perlu menyertai program ini?
Banyak kelebihannya, Mesh2u.com menyediakan kaedah promosi secara online di internet. Mesh2u.com juga menyediakan Affiliate Program untuk produk yang dipromosi untuk pelanggan-pelanggannya dan kepada semua orang kerana permintaan pasaran yang semakin bertambah setiap hari.

Anda juga boleh mempromosi Pakej Produk Mesh2u secara MANUAL dan mendaftarkan pelanggan anda di laman web anda. Ini akan memberi peluang kepada rakan-rakan yang tiada kemudahan internet menyertai anda. Kami akan masukkan BORANG MANUAL di laman web ini.

2. Adakah perniagaan Mesh2u.com ini merupakan Skim Pelaburan atau Skim-skim dalam internet?
Bukan. Perniagaan ini adalah perniagaan promosi dan jualan yang biasa (Gaya POS). Bukan pelaburan yang menjanjikan pendapatan tetap. Mesh2u.com menawarkan Affiliate Program atau Reseller kepada pembeli kami. Pendapatan tiada maksimum daripada pakej yang anda beli kerana tiada had di dalam potensi insentif penajaan. Jumlah pulangan yang berpatutan pada harga produk yang di promosi. Tiada pendapatan harian tetap, segalanya bergantung kepada usaha dan strategi anda.

3. Adakah Mesh2u.com memberi jaminan bahawa saya akan mendapat pendapatan tersebut seperti ilustrasi yang dinyatakan?
TIDAK. Ini bergantung kepada usaha anda mempromosikan Mesh2u.com ini kepada seberapa ramai kenalan anda. Namun anda juga berpeluang untuk mendapat pendapatan tersebut dengan adanya sistem auto-referral Mesh2u.com. Sila kemaskini maklumat akaun bank anda.

4. Sekiranya saya berminat hendak menyertai konsep pemasaran affiliate ini, apakah yang perlu saya lakukan?
Anda hanya perlu lakukan enam perkara iaitu :
1. Daftar
2. Buat pembayaran.
3. SMS info pembayaran.
4. Promosi URL anda.
5. Terima bonus tajaan terus
6. Terima bonus kumpulan.

5. Bagaimana saya hendak mengaktifkan status web saya?
Lakukan pembayaran dan SMS kepada Admin: 

Untuk Pakej Ekonomi:
MESH2U <RM360><USERNAME ANDA><BANK><TARIKH> <MASA><PAKEJ>

Untuk Pakej Korporat:
MESH2U <RM600><USERNAME ANDA><BANK><TARIKH> <MASA><PAKEJ>


Hantar ke :
019-281 1577

Anda juga boleh mengaktifan diri anda sendiri dengan syarat e-wallet anda mencukupi.

6. Berapa lama laman web saya akan diaktifkan?
Selepas kami menerima laporan pembayaran dari anda, kami akan pastikan pembayaran dan aktifkan laman web anda. Tempoh pengaktifan adalah dalam masa 24 jam -48 jam.

7. Bagaimana saya hendak mengeluarkan wang dari eWallet ke akaun bank saya?
Pertama sekali, anda perlu mempunyai mana-mana akaun bank utama di Malaysia, seperti Maybank dan CIMB. Untuk membuat pengeluaran, baki eWallet anda mestilah mencapai RM50.00 atau lebih. Anda hendaklah mengisi semua maklumat pada borang withdraw dan submit. Semua permintaan pengeluaran wang dari e-wallet ke akaun bank akan diproses secepat mungkin untuk memasuk ke dalam akaun bank anda. Berikan masa tambahan 2 hari untuk GIRO Transfer. Pembayaran E-Wallet akan dibuat berdasarkan permintaan (withdraw) anda pada minggu tersebut.

Semua permintaan memindahkan wang dari e-wallet ke akaun bank akan diproses pada setiap hari Khamis dan mengambil masa 3-4 hari. Selepas hari Khamis minggu tersebut, sebarang withdraw dibuat akan dibayar pada Khamis minggu hadapan. Caj RM2.00 dikenakan kepada ahli yang memohon pemindahan wang dari akaun e-wallet ke akaun bank ahli selain Maybank dan CIMB Bank. Ianya merupakan caj oleh pihak bank untuk transaksi inter-bank tersebut.

8. Bolehkah saya mengaktifkan pembelian kawan lain?
BOLEH, asalkan baki e-wallet anda mencukupi. Anda perlu mempunyai baki e-Wallet sekurang-kurangnya RM360 untuk pengaktifan pembelian kawan lain bagi Pakej Ekonomi.

9. Jika baki eWallet saya tidak mencukupi, bolehkan saya menambahnya?
BOLEH. Lakukan pembayaran dan SMS kepada admin bersama info berikut:

<TOPUP MESH2U><RM??><USERNAME-ANDA><TARIKH & MASA>

Hantar ke :
019-281 1577

10. Boleh tak saya membuka lebih dari 1 akaun?
Mesh2u.com tidak menghalang anda untuk membuka lebih dari 1 akaun. Anda hanya perlu mempunyai username yang berbeza bagi setiap akaun.

11. Jika saya telah membuat belian 1 unit yang pertama, perlukah saya membeli produk ulangan setiap bulan?
TIDAK PERLU. Jika anda ingin membeli lagi produk kami, anda hanya perlu membuka akaun (unit) baru (daftar dengan username berbeza), seperti yang anda lakukan kali pertama itu. Unit tersebut akan tersusun di bawah rangkaian anda secara auto. Jika setiap orang dalam rangkaian anda berminat membeli lagi produk kami, maka rangkaian anda pastinya akan cepat berkembang. Bonus dan hadiah sampingan menanti anda!

12. Adakah anda memberi jaminan bahawa saya akan mendapat pendapatan tersebut seperti yang dinyatakan?
TIDAK. Ini bergantung kepada usaha anda mempromosikan laman web ini kepada seberapa ramai kenalan anda atau sesiapa saja. Namun anda juga berpeluang untuk memperolehi pendapatan tersebut dengan adanya sistem spill-over Mesh2u.com

13. Saya tiada Internet di rumah. Bagaimana saya hendak berjaya dengan program ini?
Anda boleh lakukan secara offline ataupun manual, iaitu secara menyebarkan risalah ataupun flyers. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah pos untuk menyebarkan maklumat URL laman web anda kepada umum. Internet ini hanyalah salah satu daripada medium hebahan, selain daripada akhbar, flyers dan iklan poster. Sila hubungi Admin jika anda perlukan bantuan untuk membuat promosi.

14. Bagaimana untuk mendapatkan jumlah pendaftaran yang banyak?
MUDAH SAHAJA. Iklankan URL link anda ke serata tempat, dengan pelbagai kaedah. Sebagai contoh, pernah tak anda mendapat flyers kecil di masjid, ataupun, email yang mengajak anda menyertai sesuatu? Itu merupakan salah satu contoh yang boleh anda lakukan. Ini kerana, daripada kajian yang kami jalankan, daripada 100 email yang dihantar, sekurang-kurangnya 10 orang akan menyertai program ini, iaitu, 10% penyertaan daripada 100%. Jadi, hantarkan kepada 1000 email, dan 100 penyertaan mungkin milik anda! Selain itu, anda juga boleh menggunakan iklan di akhbar. Sila hubungi Admin jika anda perlukan bantuan untuk membuat promosi.

15. Sekiranya saya mempunyai pertanyaan yang lain, di mana saya boleh hubungi?
Email pertanyaan anda ke Admin@Mesh2u.com. Insya Allah, admin akan menjawab dalam masa 48 jam.
 

-----------------------------------------------------------------------------------

b) Soalan berkaitan produk

1. Apakah kelebihan produk Web Page Mesh2u.com?
Web Page yang disediakan sebagai produk utama melalui Pakej Mesh2u.com merupakan eksklusif daripada pihak Mesh Ventures. Web Page Mesh2u.com mengandungi kriteria penting di dalam info pemasaran secara online seperti info utama bisnes, gambar berkaitan bisnes, maklumat untuk dihubungi termasuk email, alamat laman web, no telefon, alamat termasuk peta berkaitan.

Web Page Mesh2u.com juga meletakkan kelebihan untuk share (kongsi) bersama rangkaian sosial pilihan seperti facebook dan sebagainya yang boleh menguatkan carian Search Engine (Enjin Carian).

Rakaniaga juga mudah untuk selenggara maklumat di dalam web page seperti tukar gambar dan tukar teks. Rakaniaga mempunyai kelebihan penjimatan yang sangat hebat, kerana rakaniaga boleh menggunakan web page ini untuk lebih daripada 1 bisnes/ servis mereka masing-masing.
 

2. Ada pembayaran tambahan selepas 365 hari daripada tarikh pengaktifan web page?

Tiada kos tambahan dikenakan bagi rakaniaga untuk memperbaharui web page mereka (renewal) setiap tahun pengaktifan. Rakaniaga perlu faham di mana mereka mesti memperkenalkan sekurang-kurangnya 12 pembelian baru dalam tempoh 365 hari daripada tarikh web page mereka aktif, supaya web page mereka kekal aktif untuk tempoh 365 hari berikutnya.

Jika tidak berjaya untuk kenalkan 12 pembelian baru, web page akan dibatalkan pengaktifan. Pilihan kedua untuk mendapatkan web page yang aktif selain membuat 12 penajaan baru setiap tahun pengaktifan adalah dengan membeli pakej web page kedua.
 

3. Terma dan penafian atas penggunaan Web Page Mesh2u.com

Pihak Admin tiada penglibatan secara langsung atau tidak langsung di dalam sebarang informasi perniagaan & perkhidmatan yang diiklankan atau dimasukkan oleh rakaniaga Mesh2u.com ke dalam web page mereka.

Admin tidak memberi sebarang jaminan dan tidak bertanggungjawab ke atas setiap maklumat yang diberi daripada rakaniaga di dalam web page mereka samaada maklumat yang tepat, maklumat yang sah/ betul/ mengelirukan dan maklumat yang menyalahi sebarang fakta atau undang-undang dan sebagainya. Ini kerana sebarang bentuk maklumat di dalam web page rakaniaga adalah diluar kawalan dan diluar pemantauan admin.

Jika didapati ada informasi/ gambar/ perniagaan dan sebagainya yang dimasukkan ke dalam web page rakaniaga yang didapati ada melanggar sebarang kenyataan Agama & Undang-Undang, melanggar tatatertib, membuat perkara-perkara tidak baik di dalam web page mereka dan juga dirasakan perlu untuk admin membuat pembatalan, admin akan membatalkan pengaktifan web page serta-merta tanpa sebarang notis kepada rakaniaga terlibat dan tiada sebarang pengembalian modal kos untuk tindakan ini.


-----------------------------------------------------------------------------------

 

 

Online : 8
Tarikh : 14/12/2017
IP : 54.227.51.103

 



 

 

  

Username 

Password 

 

Lupa Password

Bookmark and Share


Penaja :  online
Nama : Roziah
No. HP : 019-281 1577



CHUA YEE TENG
[PORT DICKSON | Negeri Sembilan]
Karim Hamzah
[Batu Pahat | Johor]
Sofea Maisara
[Subang Jaya | Selangor]
rahim tan
[PORT DICKSON | Negeri Sembilan]
Nor Haizura binti Ahmad Nadzir
[PORT DICKSON | Negeri Sembilan]
Nor Haizura binti Ahmad Nadzir
[PORT DICKSON | Negeri Sembilan]
M Farid Ahmad
[Kulim | Kedah]
Kamal Ahmad
[Kepala Batas | Pulau Pinang]
Hamidah Ahmad
[Temerloh | Pahang]
Hafsah Jailani
[Pontian | Johor]
 

 mariam (10) 

 azura (7) 

 Ibu (7) 

 hajar (6) 

 ainy (6) 

 Nisa (6) 

 Midie (6) 

 fydaz (6) 

 mesh0602 (5) 

 aziz68 (5) 

 hafizimazain (5) 


 mariam (10) 

 Ibu (7) 

 azura (7) 

 Midie (6) 

 mesh11 (6) 

 ainy (6) 

 hajar (6) 

 fydaz (6) 

 Nisa (6) 

 cikmin (5) 

 DAUD (5) 

 Ustaz01 (5) 

 fencing (5) 

 jessicaeyeda (5) 

 aaronady (5) 

 mesh1202 (5) 

 eton (5) 

 rashidd62 (5) 




 

 

 
   

Copyright Mesh2u.com 2009 - 2013